a) Lindungi skrin daripada benda tajam, termasuk menunjukkan dengan benda-benda yang boleh merosakkannya termasuk pen dan pensil. Jika perlu, gunakan pointer mouse untuk menunjuk kepada bahagian tertentu pada skrin. Berbeza daripada monitor PC (yang diperbuat daripada kaca), skrin laptop diperbuat daripada bahan berupa gel yang sensitif.
b) Gunakan fungsi “screen saver” dan “power management” supaya skrin anda boleh berehat ketika tidak digunakan. Fungsi ini berkesan sekiranya anda menggunakan fungsi “screen saver” yang menggelapkan (hitam) skrin, bukan dengan pelbagai gambar yang menggunakan piksel skrin monitor laptop anda.
c) Di samping boleh merosakkan skrin, pen dan pensil juga boleh meninggalkan kesan comot pada skrin. Begitu juga dengan jari anda. Bagi mengelakkan peninggalan kesan yang sukar ditanggalkan gunakan pointer mouse untuk menunjuk sesuatu di atas skrin
d) Gunakan kain atau cecair pembersih yang tidak merosakkan skrin dan laptop anda. Elakkan mengguna kain lembab kerana air yang termasuk ke dalam laptop anda mungkin boleh membawa mudharat.
Penjagaan perkakasan komputer perlu dilakukan secara berterusan. Ambil satu masa yang terluang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan perkakasan.
Cara untuk menjaga monitor anda ialah :
Guna tisu atau kain lembap, lap habuk atau debu dan kesan-kesan jari di permukaan skrin dan badan monitor.
Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang dititik cecair pencuci CD.
Vakum lubang udara dengan dibantu berus kecil.
Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ketahap sederhana.
Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan barang perhiasan atau kain tebal.
Jarakkan monitor dan dinding sebesar 20 cm untuk laluan udara.
Jadilah laptop dan monitor anda sebaiknya .
Ikut prosedur yang benar setiap kali anda mencabut USB Pen Drive daripada port USB
Always do eject process or stop before take of the USB Pen Drive from computer’s USB Port. Biasakan melakukan proses eject atau berhenti sebelum mengambil daripada USB Pen Drive dari Port USB pada komputer anda. Ini dapat mengelakkan USB Pen Drive daripada berlakunya kerosakan dan dapat menyelamatkan data yang terdapat di dalam pena USB drive.
Elakkan Menyunting Data Secara Lansung Daripada Pendrive
Seperti juga produk lain, pena USB drive memiliki jangka hayat. Ini bermakna ia akan rosak dan tidak berfungsi pada suatu masa nanti. Jika kita lihat pada spefikasi jangka hayat pendrive, biasanya berada sekitar 10,000-100,000 baca/tulis (read/write). Oleh itu, kita boleh memanjangkan jangka hayat pendrive tersebut dengan TIDAK menyunting data (membaca dan menulis) SECARA LANSUNG daripada pendrive tersebut. Amalkan menyunting data pada cakera keras terlebih dahulu sebelum memindahkannya kepada pendrive usb anda. Dengan demikian, ianya mampu melanjutkan usia atau jangka hayat pendrive tersebut.
Imbaskan Dengan Antivirus Secara Rutin
Amalkan mengimbaskannya dengan Antivirus untuk menghapuskan virus yang ada.
Jauhkan Daripada Air
Meskipun beberapa pengeluar mendakwa produk mereka kalis dan tahan air, seboleh-bolehnya cuba elakkan daripada ianya berada pada persekitaran yang basah dan berair. Ini termasuklah menjaganya daripada terkena hujan, air minuman dan seumpamanya. Jika sekiranya, pendrive anda terkena air atau TERBASUH bersama pakaian anda di dalam mesen basuh, PASTIKAN anda mengeringkannya terlebih dahulu sebelum memasukkannya pada port USB di komputer anda. Jemurkannya di bawah cahaya matahari yang terik atau pun gunakan pengering rambut untuk mengeringkannya. Pastikan ianya betul-betul kering sebelum anda memplagkannya ke komputer anda. Saya pernah mengalami situasi sebegini, apabila terbasuh bersama pakaian saya. Saya keringkannya seperti yang nyatakan di atas, alhamdulillah ianya masih berfungsi secara normal sehingga sekarang.
Elakkan Daripada Kesan Impak Yang Kuat
Amat jelas sekali! Membiarkan pendrive anda terjatuh daripada tempat yang tinggi, atau tertindih dengan barangan yang berat atau seumpamanya boleh merosakkan pendrive anda. Pastikan anda meletakkannya di tempat yang selamat. Jangan dilempar atau dilontar-lontar seperti sebiji bola tenis. Jangan biarkan anak anda bermain dengannya kerana biasanya mereka tidak mengerti apa-apa.
Hindari dari Magnet
Menjadi kebiasaan setiap produk elektronik yang boleh menghasilkan medan magnet seperti televisyen dan telefon tangan adalah tidak baik bagi pendrive. Jadi, jangan biarkan pendrive anda diletakkan berhampiran dengan peralatan elektronik sedemikian.
Elakkan Daripada Suhu Yang Terlalu Tinggi
Suhu yang terlalu tinggi juga akan memberikan kesan negatif kepada pendrive. Jauhkan pendrive anda daripada suhu yang teramat tinggi.
Bersihkan Sambungan (Connector) pada Pendrive USB
Keadaan pada sambungan yang kotor boleh menyebabkan proses membaca dan menulis gagal pada pendrive. Oleh itu, amalkan mencuci pada penyambung Pendrive dengan menggunakan kain pengelap anti statik atau tin tekanan udara (compressed air can) untuk menyembur bahagian yang dipenuhi kotoran tersebut.
JANGAN Defrag Pendrive Anda
Tidak seperti cakera keras (hard disk) yang biasa berputar secara bergelendongan (moving spindles), Pendrive tidak memiliki zon lambat dan zon pantas. Data yang disimpan akan dibaca pada kelajuan yang sama daripada ruang cakera itu. Oleh itu ianya TIDAK PERLU didefragment kerana ianya tidak mempunyai head dan cylinder. Mendefrag pendrive anda akan mewujudkan satu lagi write cycle padanya dan ini sudah tentu mengurangkan jangkahayat pendrive tersebut.
Kadang kala peranti komputer desktop/laptop/notebook sering kali mengalami masalah-masalah kecil yang sebenarnya boleh diatasi sendiri tanpa bazirkan duit untuk terus menghantarnya ke juruteknik atau kepada pakar. Lakukan pemeriksaan awal terlebih dahulu.
Nota : Sesetengah penyelesaian (langkah demi langkah) dikhususkan untuk pengguna komputer dengan sistem operasi (OS) Windows 7 sahaja.
1-Gangguan bekalan kuasa
Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.
Penyelesaian
Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup komputer.
2-Kepanasan
Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.
Penyelesaian
Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop anda terlebih dahulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.
3-Bunyi bising/asing dan getaran
Masalah ini hampir-hampir pasti berkaitan perkakasan pada komputer anda. Bunyi yang bernada tinggi biasanya disebabkan oleh perkakasan elektronik. Walau apa pun alasannya, anda boleh cuba untuk melakukan pemeriksaan awal.
Penyelesaian
Buka casing komputer anda berhati-hati, untuk mengetahui penyebab masalah tersebut periksa sama ada ia datang daripada kipas atau wayar/skru yang longgar daripada kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca daripada dua masalah tersebut, jangan usik komponen lain dan dapatkan bantuan juruteknik atau orang yang lebih pakar.
4-Komputer reboot sendiri
Masalah komputer berulang kali reboot sendiri. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri.
Penyelesaian
Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, sama ada telah mengalami kerosakan atau pun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk anda telah kotor yang mana habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan yang mana akan menyebabkan komputer anda akan mati secara automatik.
5-Sambungan USB tidak berfungsi
Kadang kala apabila anda cuba menyambung peranti seperti pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke komputer/laptop/notebook/dll, ia tidak berfungsi. Sebenarnya, sesetengah port hub USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti tersebut. Ia memerlukan hub yang memiliki nilai kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik.
Penyelesaian
Cuba untuk terus menyambung USB tersebut secara langsung ke salah satu port USB komputer anda tanpa sebarang perantara. Alatan kecil seperti pemacu USB, mouse dan lain-lain memiliki nilai kuasa sendiri tetapi elakkan menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.
Tanda-tanda motherboard laptop rosak
Laptop tak boleh nak ON. Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.
Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.
Cucuk adepter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adepter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.
ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.
ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri.
(contoh gambar motherboard) Anda juga boleh melihat suhu laptop anda dengan menggunakan software speecy dimana anda boleh download diri internet. Caranya sangat mudah taip download speecy dalam search bar browser anda. (Contoh gambar software speecy)
BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN?
Terdapat 5 pilihan yang boleh anda buat :
Tukar Motherboard yang baru
(untuk penggetahuan anda harga motherboard laptop tak sama dengan desktop. Ini kerana Motherboard laptop jauh lebih mahal ada yang mencecah ribuan ringgit)
Tukar Motherboard Second hand
Ini berisiko sedikit, seperti anda tahu barang second hand ni bukan semuanya OK. Anda sendiri tak tahu condition motherboard tersebut, kebiasannya ada banyak benda yang tak kena.
Repair Motherboard
Membaiki komponen atau bahagian yang sudah rosak supaya motherboard tersebut boleh beroperasi seperti biasa. Kelebihanya adalah kos adalah lebih rendah dari tukar motherboard baru.
Tukar chipset baru
Menukar seketul chipset motherboard yang rosak dengan chipset yang baru dengan harga yang berpatutan dan juga mendapat hasil yang terbaik.
Beli laptop baru
Ini adalah jalan teraikhir sekiranya motherboard laptop anda tidak dapat di baiki lagi. Ye lah harga laptop sekarang bukan nya murah, aggaran RM1500+++ itu pun bergantung dengan model dan spesifikasi yang anda mahukan. Biasanya ini merupakan jalan yang terakhir.
BIOS pada Motherboard akan mengeluar bunyi seperti BEEP..BEEP sebyk 2 kali itu menandakan RAM tidak berfungsi
LANGKAH TERAKHIR SEBELUM MENUKAR RAM BARU
1. Buka Casing CPU anda,Selepas itu tgk bahagian yang ada RAM seperti gambar di atas
2. Untuk mengeluarkan RAM dari port nya ialah dengan cara menekan ke arah kekunci RAM pada hujung sudut.Secara Automatik RAM akan terkeluar.
3. Sebaiknya membersih dahulu port RAM dengan menggunakan berus ANTI STATIC.Berus biasa pun boleh
4. Pada langkah ini,Jika RAM berhabuk sebaiknya membersihkan dahulu.Habuk atau debu merupakan punca utama kegagalan RAM gagal berfungsi. ANDA DINASIHATKAN TIDAK MENYENTUH IC DAN KOD EMAS PADA RAM KERANA RAM INI SANGAT SENSITIF
5. Gunakan Pemadam biasa untuk membersihkan kotoran habuk pada kod emas RAM di depan dan dibelakang RAM.Lihat cara memegang RAM.
6. Sebelum memasukkan RAM pastikan anda melihat pada garisan bolder pada port RAM.Sebarang kesilapan memasukkan RAM dengan salah akan menyebabkan RAM terbakar
7. Langkah terakhir masukkan RAM dengan Berhati-hati dan pastikan RAM di masukkan dengan betul.Tekan RAM rapat-rapat,Selepas itu Kunci RAM pada hujung port.
Tutup semula casing CPU..ON kan computer,jika anda bernasib baik komputer anda berjaya dihidupkan dan display pada LCD atau MONITOR anda akan berfungsi. Jika tiada perubahan bermakna RAM anda telah rosak.Anda perlu membeli baru,dan pastikan anda membeli RAM yang betul untuk Motherboard anda
Ini adalah langkah terakhir sebelum anda membeli RAM baru
Tahukah anda bahawa komputer juga memerlukan penjagaan yang baik? Kalau dah guna tu, mesti lah kita kena pastikan komputer berada dalam keadaan yang baik untuk digunakan betul tak? Oleh itu, jom kita baca tips-tips yang perlu dilakukan untuk memastikan komputer kita berada dalam keadaan yang bagus. Tak payah pening kepala ‘speed’ komputer lambat lagi kan?
1)Pembersihan Habuk
Habuk ni pemusnah utama prestasi sesebuah komputer. Kalau komputer kau dah macam sarang tikus habuknya, tidak pernah servis walaupun sudah 10-15 tahun, processor kau akan mengeluarkan haba yang lebih panas daripada biasa kerana kipas cooler processor akan berputar perlahan.
Apabila itu berlaku, maka komponen seperti processor akan overheat. Apabila overheat, ianya sedikit sebanyak akan effect pada prestasi komputer. Solusinya, Bila komputer sudah berhabuk, bersihkan segala kekotoran yang terkumpul.
2)Penggantian Thermal Paste
Thermal paste ini liquid yang diletak atas processor. Tujuannya adalah untuk menyejukkan processor komputer kita. Setahu aku, sekarang ini sudah ada 2 jenis thermal paste, satu jenis liquid, dan satu lagi jenis macam getah. Aku tak ingat apa namanya.
Thermal paste ini eloknya setahun sekali kau kena tukar sebab apabila sudah kering, ianya akan mengeras dan suhu processor akan meningkat. Kalau kau tak ada bajet nak tukar, buatlah dua tahun sekali tukar thermal paste tu. Itu sudah memadai untuk jaga suhu processor.
3)Air Flow Management(Sistem Aliran Udara)
Di dalam sebuah rumah, aliran udara atau air flow sangat penting untuk mengekalkan suhu rumah di dalam keadaan dingin. Apabila sebuah rumah tidak mempunyai air flow yang bagus, bila panas terik sahaja, sudah pasti di dalam rumah akan terasa bahang cahaya matahari. Begitulah juga dengan komputer.
Apabila suhu di dalam komputer itu panas, ianya akan memberi kesan kepada semua komponen di dalam komputer. Terutama sekali motherboard. Sebab itu, bila komputer panas, kau akan rasa sedikit lag pada komputer kau.
Untuk memastikan jangka hayat sesebuah komputer itu panjang, kita kena pandai menguruskan air flow komputer tersebut. Ada angin masuk, dan ada angin keluar. Sebab itu, kipas casing komputer dihasilkan. Tujuannya untuk membuat air flow di dalam komputer.
Guna dua kipas pun sudah memadai. Kau beli yang murah sahaja pun boleh. Janji kau buat macam aku cakap tadi, satu angin masuk, satu lagi angin keluar.
4)Susun File
Bukan tak boleh kau nak letak file dekat Desktop tu, boleh. Sikit-sikit sudah la. Yang selebihnya, simpan di My Documents atau di partition lain seperti D,E,F dan lain-lain. Apabila kau letak semua file di Desktop, secara tak langsung, kau memberatkan komputer untuk load semua file tu ketika proses “Booting Windows.”
Aku lebih sarankan supaya file-file yang ada di transfer ke partition lain dengan tujuan tidak mengganggu Windows Partition. Walau bagaimanapun, itu hanya pendapat aku. Terpulang la kau nak ikut atau tak.
Kalau kau tak rajin atau tak reti nak buat semua ni, kau hantar sahaja komputer kau di kedai komputer. Beritahu technician kedai untuk servis komputer. Nanti mereka tahu la nak buat apa.
Biasanya, bila kau hantar untuk servis komputer ni, perkara yang mereka buat adalah membersihkan habuk di dalam komputer kau, menggantikan thermal paste jika perlu dan juga buat sedikit “performance test” pada komputer. Caj yang dikenakan itu bergantung pada kedai yang kau pergi. Rasanya setiap kedai caj lain-lain harga. Jadilah pengguna bijak.
Power Supply Unit(PSU)
Fungsi Power Supply ialah menukarkan jenis kuasa elektrik dari soket dinding iaitu arus ulang alik kepada jenis yang diguna pakai oleh litar-litar di dalam komputer.Power Supply memainkan peranannya dengan menukar Kuasa AC kepada DC.Contohnya 220/230 AC kepada arus kecil ke dalam komputer 12v( Dc)
Selalunya pelbagai sebab Komputer(CPU) tidak dapat ON.Salah satu sebab yang ialah kerosakan Power Supply.Berkongsi cara-cara memastikan Power Supply kita rosak atau pun tidak
1. Periksa Dahulu keadaan Power Cord,jika ada kebocoran ataupun kalau plug power cord menpunyai fius tukar dulu fiusnya
2. Jika keadaan Fan(kipas)Power Supply berhabuk,bersihkan dulu dengan menggunakan berus
3. Pada langkah ini kita akan melakukan Jumper Wajar pada connector (PSU).Sebelum itu cari wajar pendek yang menpunyai penebat untuk langkah keselamatan
4.Cari Point wayar warna HIJAU dan Point wayar HITAM. Kemudian masukkan wayar pendek diantara Point wayar HIJAU dan HITAM
5. Masukkan Power Cord Anda ke Power Supply(PSU) dan ON kan Suis.Kalau Fan(kipas) pada Power Supply Berpusing Bermakna Power Supply anda OK
Setelah melakukan Ujikaji..Cara ini tidak membahayakan anda..Apa yang penting Jumper wayar pada Point Wayar HIJAU dan Point Wajar HITAM betul
Untuk maklumat anda Point Wajar HIJAU ada satu jer anda tidak akan keliru..manakala Point Wayar HITAM ada banyak.Untuk Point Wayar HITAM anda pilih jer pada lubang Connector PSU.Mana-mana pun boleh janji Wayar Point itu Warna HITAM
Anda Boleh mengetahui jenis Power Supply anda...Jenis 20pin atau 24pin dengan mengira jumlah lubang pada connector PSU.
Tanda-tanda motherboard laptop rosak
-Laptop tak boleh nak ON.
-Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.
-Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.
-Cucuk adepter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adepter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.
-ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.
-ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri. BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN?
Terdapat 5 pilihan yang boleh anda buat :
-Tukar Motherboard yang baru
(untuk penggetahuan anda harga motherboard laptop tak sama dengan desktop. Ini kerana Motherboard laptop jauh lebih mahal ada yang mencecah ribuan ringgit)
-Tukar Motherboard Second hand
Ini berisiko sedikit, seperti anda tahu barang second hand ni bukan semuanya OK. Anda sendiri tak tahu condition motherboard tersebut, kebiasannya ada banyak benda yang tak kena.
-Repair Motherboard
Membaiki komponen atau bahagian yang sudah rosak supaya motherboard tersebut boleh beroperasi seperti biasa. Kelebihanya adalah kos adalah lebih rendah dari tukar motherboard baru.
-Tukar chipset baru
Menukar seketul chipset motherboard yang rosak dengan chipset yang baru dengan harga yang berpatutan dan juga mendapat hasil yang terbaik.
-Beli laptop baru
Ini adalah jalan teraikhir sekiranya motherboard laptop anda tidak dapat di baiki lagi. Ye lah harga laptop sekarang bukan nya murah, aggaran RM1500+++ itu pun bergantung dengan model dan spesifikasi yang anda mahukan. Biasanya ini merupakan jalan yang terakhir.
APA SEBENARNYA PUNCA YANG MENYEBABKAN MOTHERBOARD LAPTOP ROSAK ?Perkara ini nampak remeh dan ramai yang buat kisah. Masalah utama adalah berpunca dari habuk, lama-lama jika dibiarkan boleh menyebabkan heatsink tersumbat, fan laptop berhabuk hingga menyebab ia tidak berfungsi dengan elok, thermal paste keras.Cara yang terbaik membaiki motherboard adalah tukar terus chipsetnya, dengan ini motherboard ini akan mendapat jantung baru dan akan tahan lebih lama.
Secara amnya, pemacu flash USB akan rosak satu ketika nanti apabila cip memori di dalamnya lama-kelamaan akan kehausan. Bagaimanapun, had operasi baca dan tulis cip memori kebanyakan pemacu USB masih lagi boleh menampung tahap penggunaan biasa. Selalunya, benda yang jadi punca kerosakan pemacu flash USB adalah komponen-komponen lain yang melengkapi peranti berkenaan. Lagipun, komponen-komponen inilah yang akan rosak terlebih dahulu sebelum tiba masanya memori NAND pada pemacu berkenaan tiba tempoh luputnya. Antara punca penyebab kerosakan pemacu flash USB adalah; Gagal melakukan Cabut dan Pasang (Eject and Mount) dengan cara selamat Ada sebab mengapa kenapa komputer kita memberi pesanan kepada kita agar mencabut peranti dengan cara selamat. Kegagalan untuk melakukannya bakal mendedahkan kita kepada risiko kerosakan peranti berkenaan. Malah, terdapat kemungkinan ia boleh merosakkan memori (corrupted) atau menyebabkan berlaku gangguan elektrik berskala kecil yang boleh merosakkan sesetengah komponen yang sensitif di dalam pemacu flash USB. Kerosakan komponen penyambungan Ada dua bahagian penting yang diperlukan untuk sambungan ke komputer pada pemacu flash USB; plug penyambung logam dan poin-poin terpateri yang menghubungkan penyambung dengan papan litar memori. Bahagian penyambung logam boleh rosak akibat pemakaian yang terlalu kerap atau mengalami kerosakan fizikal akibat kemek, diketuk atau sebagainya. Bila penyambung ini rosak, komputer tidak dapat mengesan sama ada pemacu USB berkenaan bersambung dengan komputer atau tidak. Kegagalan Komponen-Komponen Elektronik Selain dari menempatkan cip-cip memori flash, papan litar di dalam pemacu USB turut dilengkapi dengan komponen-komponen lain seperti kapasitor, perintang, pengayun dan sebagainya. Kejadian pusuan kuasa (power surge) boleh menyebabkan berlaku litar pintas dan boleh menyebabkan komponen elektronik berkenaan rosak hingga membuatkan pemacu flash USB gagal berfungsi. Kegagalan Memori NAND Sebagaimana yang diterangkan pada awal perenggan artikel ini, memang bila tiba masanya, memori NAND pada pemacu USB akan rosak jua akhirnya. Pada kebiasaannya, ia rosak setelah bertahun-tahun digunakan dan telah mencapai had maksimum keupayaan operasi baca dan tulis. Kesimpulan Menyimpan data-data atau fail-fail penting pada pemacu flash USB untuk jangka masa panjang bukanlah sesuatu yang bagus untuk dilakukan. Kita mendedahkan risiko untuk kehilangan data andainya peranti yang kita gunakan itu mengalami kerosakan dan mempunyai kesulitan untuk mendapatkannya kembali. Oleh itu, langkah sebaiknya adalah kita perlu melakukan simpanan tambahan (backup) fail-fail berkenaan dengan menempatkannya di pelbagai tempat seperti di dalam hard disk komputer, cakera padat (CD-R) atau menyimpannya di storan awanan (contoh; Dropbox, Google Drive, Microsoft OneDrive dan sebagainya).
Hard disk merupakan perkakasan penting di dalam sistem komputer anda, baik desktop mahupun laptop. Selain dari digunakan sebagai storan menyimpan data, ia juga digunakan untuk menempatkan sistem operasi komputer anda. Oleh itu, hard disk memerlukan penjagaan yang rapi supaya ia keselamatan kandungan datanya terjamin dan dapat digunakan pada tempoh yang lebih panjang.
Artikel ini menceritakan serba sedikit tentang punca kerosakan hard disk biasa dan cara penjagaannya. Penjagaan hard disk jenis SSD tidak dirangkumi kerana tata cara pengurusan dan risiko kerosakannya agak berbeza jika dibandingkan dengan hard disk biasa.
Kerosakan Fizikal
Punca paling kerap berlaku yang menyebabkan hard disk biasa lekas rosak adalah kerosakan fizikal yang disebabkan oleh terjatuh atau gegaran. Binaan dalaman hard disk yang terdiri dari komponen-komponen kecil mekanikal sangat sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku terhadap jajarannya (alignment). Terlari sikit pun sudah cukup untuk menjadikan hard disk berkenaan bermasalah.
Untuk itu, langkah sebaiknya adalah meminimumkan sebarang pergerakan luaran yang melibatkan hard disk anda. Hard disk desktop yang bersaiz faktor 3.5 inci lebih berisiko untuk rosak berbanding hard disk untuk kegunaan laptop (2.5 inci) kerana hard disk untuk laptop dibina lebih tahan lasak kerana ia dibina khusus untuk peranti mudah alih.
Namun, anda tetap perlu mengendalikannya dengan berhati-hati kerana kalau anda terhentak sikit pun hard disk berkenaan mempunyai risiko untuk berlakunya kerosakan data.
Terlampau panas
Sama juga dengan perkakasan-perkakasan elektronik lain, hard disk perlu dioperasikan di bawah julat suhu yang optimal bergantung kepada model dan pengeluarnya. Asalkan anda menggunakannya di dalam julat suhu yang bersesuaian, hard disk dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
Namun, masalah kepanasan sering timbul apabila kerangka desktop tidak diselenggara dengan baik hingga aliran udara di dalamnya terganggu akibat dipenuhi habuk. Begitu juga halnya dengan laptop di mana anda perlu ambil perhatian pada bahagian rongga aliran keluaran udaranya supaya bebas dari habuk-habuk yang menyekatnya.
Pengguna laptop boleh juga menggunakan pelapik laptop berkipas yang mampu melancarkan aliran udara pada permukaan bawah laptop dan mengurangkan risiko lampau panas pada laptop.
Fragmentasi fail
Fragmentasi fail bukanlah punca kerosakan hard disk secara langsung. Bagaimanapun, fragmentasi akan membuatkan hard disk bekerja dengan lebih kuat kerana perlu mencari pecahan-pecahan data yang bersepah dan tidak bersusun pada satu tempat.
Oleh itu, kerja-kerja defragmentasi perlu dilakukan supaya pecahan-pecahan data ini dapat disusun kembali dan memudahkan capaian data dapat dilakukan dengan lebih pantas. Defragmentasi juga penting untuk meningkatkan prestasi komputer anda secara keseluruhannya. Hard disk yang menggunakan format FAT32 perlu lebih kerap melakukan defragmentasi berbanding yang menggunakan format NTFS.
Bagaimanapun, anda tidak perlulah terlalu kerap melakukan defragmentasi ini kerana fragmentasi berlaku apabila anda banyak perubahan data terlalu kerap berlaku pada hard disk anda. Sebaiknya, anda melakukan defragmentasi apabila fragmentasi anda sudah mencapai diantara 5 hingga 10 peratus.
Gangguan bekalan elektrik
Bekalan kuasa elektrik ada masanya tidak konsisten. Pada satu-satu masa, voltan boleh melebihi dari kadar biasa dan lonjakan voltan yang naik secara mengejut dalam waktu yang singkat dipanggil sebagai pusuan voltan (voltage surge).
Pusuan voltan boleh menyebabkan kerosakan terhadap perkakasan komputer anda termasuklah hard disk. Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan pelindung voltan pusuan (surge protector) dapat melindungi perkakasan komputer anda dari kerosakan yang berpunca dari gangguan bekalan elektrik.
Selain dari masalah pusuan voltan, masalah terputus bekalan elektrik yang berlaku terlalu kerap juga mampu mendatangkan kesan buruk terhadap perkakasan komputer terutamanya hard disk. Untuk itu, sebaiknya anda boleh mennggunakan power supply yang lengkap dengan surge protector. Perlindungan dua-dalam-satu ini sekurang-kurangnya mampu melindungi anda dari bahaya yang tidak diduga.
Kesimpulan
Hard disk memerlukan penjagaan yang cermat oleh kita sebagai pengguna. Hal ini kerana, walaupun hard disk boleh digantikan dengan yang baru, data yang terkandung di dalamnya itu lebih bernilai dari harga perkakasan itu sendiri. Oleh itu, langkah sebaiknya adalah mengendalikannya dengan cermat kerana bimbang ia rosak sebelum anda sempat melakukan backup terhadap kandungan di dalam hard disk berkenaan.