Monday 19 February 2018

Punca Kerosakan Power Supply


Power Supply Unit(PSU)
Fungsi Power Supply ialah menukarkan jenis kuasa elektrik dari soket dinding iaitu arus ulang alik kepada jenis yang diguna pakai oleh litar-litar di dalam komputer.Power Supply memainkan peranannya dengan menukar Kuasa AC kepada DC.Contohnya 220/230 AC kepada arus kecil ke dalam komputer 12v( Dc)

Selalunya pelbagai sebab Komputer(CPU) tidak dapat  ON.Salah satu sebab yang ialah kerosakan Power Supply.Berkongsi cara-cara memastikan Power Supply kita rosak atau pun tidak

1. Periksa Dahulu keadaan Power Cord,jika ada kebocoran ataupun kalau plug power cord menpunyai fius tukar dulu fiusnya

2.  Jika keadaan Fan(kipas)Power Supply berhabuk,bersihkan dulu dengan menggunakan berus

3.  Pada langkah ini kita akan melakukan Jumper Wajar pada connector (PSU).Sebelum itu cari wajar pendek yang menpunyai penebat untuk langkah keselamatan

4.Cari Point wayar warna HIJAU dan Point wayar HITAM. Kemudian masukkan wayar pendek diantara Point wayar HIJAU dan HITAM

5. Masukkan Power Cord Anda  ke Power Supply(PSU) dan ON kan Suis.Kalau Fan(kipas) pada Power Supply Berpusing Bermakna Power Supply anda OK

Setelah melakukan Ujikaji..Cara ini tidak membahayakan anda..Apa yang penting Jumper wayar pada Point Wayar HIJAU dan Point Wajar HITAM betul

Untuk maklumat anda Point Wajar HIJAU ada satu jer anda tidak akan keliru..manakala Point Wayar HITAM ada banyak.Untuk Point Wayar HITAM anda pilih jer pada lubang Connector PSU.Mana-mana pun boleh janji Wayar Point itu Warna HITAM

Anda Boleh mengetahui jenis Power Supply anda...Jenis 20pin atau 24pin dengan mengira jumlah lubang pada connector PSU.

No comments:

Post a Comment