Monday 16 April 2018

Servis Maintanance Peralatan Makmal Perkakasan

Pada 15/1/2018 kami membuat servis maintanance pada semua peralatan di dalam makmal perkakasan

Langkah-langkah:-

-Mengenalpasti kedudukan Pc dan monitor di kedudukan yang ditetapkan.
-On kan Pc dan monitor untuk menguji keadaannya.
-Saya telah melakukan ujian "POST" terhadap Pc saya untuk menguji Pc berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.
-Pc dalam keadaan yang baik dan isikan borang kuning tentang modal dan nama peralatan dalam pc masing masing.




Peletakan Dan Pelantikan Jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar

Assalamualaikum semua, sekali lagi kita bertemu di ruangan blog saya ini.
Pada Tarikh 5/2/2018, ILP Perai telah mengadakan peletakan jawatan dan perlantikkan  jawatan baru sebagai Presiden Majlis  Perwakilan Pelajar (MPP) di dewan ILP Perai . Majlis ini turut dihadiri oleh semua pelajar, pengajar dan staf ILP Perai .






Taklimat Daripada Syarikat Fulkrum Interactive SDN.BHD

Pada tarikh 12/02/2018 ILP Perai telah mengadakan satu taklimat khas daripada syarikat Fulkrum Interactive Media Sdn.Bhd .Syarikat tersebut bertempat di Bertam,Kepala Batas di mana mempunyai kepakaran dalam membina laman sesawang ,aplikasi mudah alih dan perisian komputer.Di atas dasar "Corporate Social Responsibility"(CSR) ,syarikat mereka dipanggil untuk memikul tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu teknologi dan pengetahuan kepada masyarakat khususnya kepada generasi muda iaitu pelajar siswa/siswi.




Syarikat Fulkrum Mengajar Cara Membuat Web

Semasa bersama Syarikat Fulcrum kami sem2 berlajar serba serdikit mengenai web design,coding HTML dan cara pembuatan atau peembangunan web tersebut.Pada mulanya kami berasa sidikit kekok untuk membuat dan terasa pening melihat nombor yang banyak dan terdapat code-code yang pelik.Tapi dengan didikan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh syarikat fulkrum kami mula dapat membuat.Dan akhir sekali kesemua kami dapat membuatnya




Membuat Pemasangan Kabel UTP CAT 5E Pada Wall Plate


 Pada 15/3/2018 kami satu kelas menjalankan kerja amali Network Strukture Cabling bersama Pn.Anaruzi. Semasa amali dijalankan kami belajar cara pemasangan dengan betul dan mengunakan alatan dengan selamat


Alatan yang digunakan:-
-Cutter
-Kabel Taster
-Punch Down
-Crimping Tool
-RJ45
-UTP Kabel CAT 5E
-Faca plate
-Modular Jack.



Tips Untuk Menjaga Skrin Laptop Dan Monitor


a) Lindungi skrin daripada benda tajam, termasuk menunjukkan dengan benda-benda yang boleh merosakkannya termasuk pen dan pensil. Jika perlu, gunakan pointer mouse untuk menunjuk kepada bahagian tertentu pada skrin. Berbeza daripada monitor PC (yang diperbuat daripada kaca), skrin laptop diperbuat daripada bahan berupa gel yang sensitif.

b) Gunakan fungsi “screen saver” dan “power management” supaya skrin anda boleh berehat ketika tidak digunakan. Fungsi ini berkesan sekiranya anda menggunakan fungsi “screen saver” yang menggelapkan (hitam) skrin, bukan dengan pelbagai gambar yang menggunakan piksel skrin monitor laptop anda.

c) Di samping boleh merosakkan skrin, pen dan pensil juga boleh meninggalkan kesan comot pada skrin. Begitu juga dengan jari anda. Bagi mengelakkan peninggalan kesan yang sukar ditanggalkan gunakan pointer mouse untuk menunjuk sesuatu di atas skrin

d) Gunakan kain atau cecair pembersih yang tidak merosakkan skrin dan laptop anda. Elakkan mengguna kain lembab kerana air yang termasuk ke dalam laptop anda mungkin boleh membawa mudharat.

Penjagaan perkakasan komputer perlu dilakukan secara berterusan. Ambil satu masa yang terluang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan perkakasan.

Cara untuk menjaga monitor anda ialah :

Guna tisu atau kain lembap, lap habuk atau debu dan kesan-kesan jari di permukaan skrin dan badan monitor.
Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang dititik cecair pencuci CD.
Vakum lubang udara dengan dibantu berus kecil.
Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ketahap sederhana.
Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan barang perhiasan atau kain tebal.
Jarakkan monitor dan dinding sebesar 20 cm untuk laluan udara.
Jadilah laptop dan monitor anda sebaiknya .

Cara Menjaga Pendrive Anda Daripada Mudah Rosak


Ikut prosedur yang benar setiap kali anda mencabut USB Pen Drive daripada port USB

Always do eject process or stop before take of the USB Pen Drive from computer’s USB Port. Biasakan melakukan proses eject atau berhenti sebelum mengambil daripada USB Pen Drive dari Port USB pada komputer anda. Ini dapat mengelakkan USB Pen Drive daripada berlakunya kerosakan dan dapat menyelamatkan data yang terdapat di dalam pena USB drive.

Elakkan Menyunting Data Secara Lansung Daripada Pendrive

Seperti juga produk lain, pena USB drive memiliki jangka hayat. Ini bermakna ia akan rosak dan tidak berfungsi pada suatu masa nanti. Jika kita lihat pada spefikasi jangka hayat pendrive, biasanya berada sekitar 10,000-100,000 baca/tulis (read/write). Oleh itu, kita boleh memanjangkan jangka hayat pendrive tersebut dengan TIDAK menyunting data (membaca dan menulis) SECARA LANSUNG daripada pendrive tersebut. Amalkan menyunting data pada cakera keras terlebih dahulu sebelum memindahkannya kepada pendrive usb anda. Dengan demikian, ianya mampu melanjutkan usia atau jangka hayat pendrive tersebut.

Imbaskan Dengan Antivirus Secara Rutin

Amalkan mengimbaskannya dengan Antivirus untuk menghapuskan virus yang ada.

Jauhkan Daripada Air

Meskipun beberapa pengeluar mendakwa produk mereka kalis dan tahan air, seboleh-bolehnya cuba elakkan daripada ianya berada pada persekitaran yang basah dan berair. Ini termasuklah menjaganya daripada terkena hujan, air minuman dan seumpamanya. Jika sekiranya, pendrive anda terkena air atau TERBASUH bersama pakaian anda di dalam mesen basuh, PASTIKAN anda mengeringkannya terlebih dahulu sebelum memasukkannya pada port USB di komputer anda. Jemurkannya di bawah cahaya matahari yang terik atau pun gunakan pengering rambut untuk mengeringkannya. Pastikan ianya betul-betul kering sebelum anda memplagkannya ke komputer anda. Saya pernah mengalami situasi sebegini, apabila terbasuh bersama pakaian saya. Saya keringkannya seperti yang nyatakan di atas, alhamdulillah ianya masih berfungsi secara normal sehingga sekarang.

Elakkan Daripada Kesan Impak Yang Kuat

Amat jelas sekali! Membiarkan pendrive anda terjatuh daripada tempat yang tinggi, atau tertindih dengan barangan yang berat atau seumpamanya boleh merosakkan pendrive anda. Pastikan anda meletakkannya di tempat yang selamat. Jangan dilempar atau dilontar-lontar seperti sebiji bola tenis. Jangan biarkan anak anda bermain dengannya kerana biasanya mereka tidak mengerti apa-apa.

Hindari dari Magnet

Menjadi kebiasaan setiap produk elektronik yang boleh menghasilkan medan magnet seperti televisyen dan telefon tangan adalah tidak baik bagi pendrive. Jadi, jangan biarkan pendrive anda diletakkan berhampiran dengan peralatan elektronik sedemikian.


Elakkan Daripada Suhu Yang Terlalu Tinggi

Suhu yang terlalu tinggi juga akan memberikan kesan negatif kepada pendrive. Jauhkan pendrive anda daripada suhu yang teramat tinggi.


Bersihkan Sambungan (Connector) pada Pendrive USB

Keadaan pada sambungan yang kotor boleh menyebabkan proses membaca dan menulis gagal pada pendrive. Oleh itu, amalkan mencuci pada penyambung Pendrive dengan menggunakan kain pengelap anti statik atau tin tekanan udara (compressed air can) untuk menyembur bahagian yang dipenuhi kotoran tersebut.

JANGAN Defrag Pendrive Anda

Tidak seperti cakera keras (hard disk) yang biasa berputar secara bergelendongan (moving spindles), Pendrive tidak memiliki zon lambat dan zon pantas. Data yang disimpan akan dibaca pada kelajuan yang sama daripada ruang cakera itu. Oleh itu ianya TIDAK PERLU didefragment kerana ianya tidak mempunyai head dan cylinder. Mendefrag pendrive anda akan mewujudkan satu lagi write cycle padanya dan ini sudah tentu mengurangkan jangkahayat pendrive tersebut.