Friday, 30 March 2018
Belajar membuang Virus Kapersky Oleh En.Fuad
Wednesday, 28 February 2018
Wednesday, 21 February 2018
Preventive Maintenance
Tarikh : 21/2/2018
Tajuk Kerja/Tugas : Makmal Aplikasi
Maklumat
1)Masuk ke makmal aplikasi
2)Membahagi tugas
3)Mengalihkan semua PC yang ada diatas meja
4)Membersihkan makmal aplikasi
5)Vakum PC unutk membuang habuk
6)Susun semula kedudkan PC supaya lebih teratur dan kemas
Bahan
1)Kain
2)Penyapu
3)Blower
Tajuk Kerja/Tugas : Makmal Aplikasi
Maklumat
1)Masuk ke makmal aplikasi
2)Membahagi tugas
3)Mengalihkan semua PC yang ada diatas meja
4)Membersihkan makmal aplikasi
5)Vakum PC unutk membuang habuk
6)Susun semula kedudkan PC supaya lebih teratur dan kemas
Bahan
1)Kain
2)Penyapu
3)Blower
Monday, 19 February 2018
Punca Kerosakan Power Supply
Power Supply Unit(PSU)
Fungsi Power Supply ialah menukarkan jenis kuasa elektrik dari soket dinding iaitu arus ulang alik kepada jenis yang diguna pakai oleh litar-litar di dalam komputer.Power Supply memainkan peranannya dengan menukar Kuasa AC kepada DC.Contohnya 220/230 AC kepada arus kecil ke dalam komputer 12v( Dc)
Selalunya pelbagai sebab Komputer(CPU) tidak dapat ON.Salah satu sebab yang ialah kerosakan Power Supply.Berkongsi cara-cara memastikan Power Supply kita rosak atau pun tidak
1. Periksa Dahulu keadaan Power Cord,jika ada kebocoran ataupun kalau plug power cord menpunyai fius tukar dulu fiusnya
2. Jika keadaan Fan(kipas)Power Supply berhabuk,bersihkan dulu dengan menggunakan berus
3. Pada langkah ini kita akan melakukan Jumper Wajar pada connector (PSU).Sebelum itu cari wajar pendek yang menpunyai penebat untuk langkah keselamatan
4.Cari Point wayar warna HIJAU dan Point wayar HITAM. Kemudian masukkan wayar pendek diantara Point wayar HIJAU dan HITAM
5. Masukkan Power Cord Anda ke Power Supply(PSU) dan ON kan Suis.Kalau Fan(kipas) pada Power Supply Berpusing Bermakna Power Supply anda OK
Setelah melakukan Ujikaji..Cara ini tidak membahayakan anda..Apa yang penting Jumper wayar pada Point Wayar HIJAU dan Point Wajar HITAM betul
Untuk maklumat anda Point Wajar HIJAU ada satu jer anda tidak akan keliru..manakala Point Wayar HITAM ada banyak.Untuk Point Wayar HITAM anda pilih jer pada lubang Connector PSU.Mana-mana pun boleh janji Wayar Point itu Warna HITAM
Anda Boleh mengetahui jenis Power Supply anda...Jenis 20pin atau 24pin dengan mengira jumlah lubang pada connector PSU.
Punca Kerosakan Motherboard Dan Jalan Penyelesaiannya
Tanda-tanda motherboard laptop rosak
-Laptop tak boleh nak ON.
-Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.
-Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.
-Cucuk adepter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adepter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.
-ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.
-ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri.
BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN?
Terdapat 5 pilihan yang boleh anda buat :
-Tukar Motherboard yang baru
(untuk penggetahuan anda harga motherboard laptop tak sama dengan desktop. Ini kerana Motherboard laptop jauh lebih mahal ada yang mencecah ribuan ringgit)
-Tukar Motherboard Second hand
Ini berisiko sedikit, seperti anda tahu barang second hand ni bukan semuanya OK. Anda sendiri tak tahu condition motherboard tersebut, kebiasannya ada banyak benda yang tak kena.
-Repair Motherboard
Membaiki komponen atau bahagian yang sudah rosak supaya motherboard tersebut boleh beroperasi seperti biasa. Kelebihanya adalah kos adalah lebih rendah dari tukar motherboard baru.
-Tukar chipset baru
Menukar seketul chipset motherboard yang rosak dengan chipset yang baru dengan harga yang berpatutan dan juga mendapat hasil yang terbaik.
-Beli laptop baru
Ini adalah jalan teraikhir sekiranya motherboard laptop anda tidak dapat di baiki lagi. Ye lah harga laptop sekarang bukan nya murah, aggaran RM1500+++ itu pun bergantung dengan model dan spesifikasi yang anda mahukan. Biasanya ini merupakan jalan yang terakhir.
APA SEBENARNYA PUNCA YANG MENYEBABKAN MOTHERBOARD LAPTOP ROSAK ?Perkara ini nampak remeh dan ramai yang buat kisah. Masalah utama adalah berpunca dari habuk, lama-lama jika dibiarkan boleh menyebabkan heatsink tersumbat, fan laptop berhabuk hingga menyebab ia tidak berfungsi dengan elok, thermal paste keras.Cara yang terbaik membaiki motherboard adalah tukar terus chipsetnya, dengan ini motherboard ini akan mendapat jantung baru dan akan tahan lebih lama.
Lawan Arus Elak Ditahan JPJ
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Gara-gara mahu meloloskan diri daripada sekatan trafik, beberapa penunggang motosikal bertindak melawan arus sehingga mengundang risiko bahaya kepada pengguna jalan raya lain.Malah ada segelintir penunggang motosikal hampir melanggar kereta dari arah bertentangan untuk melarikan diri selepas melihat anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid berkata, aksi tersebut tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan orang lain.
"Jika mereka tidak mempunyai lesen, maka mereka akan berpatah balik apabila melihat penguat kuasa di hadapan.
"Sekiranya sudah melanggar undang-undang perlulah menghadapi kesannya. Jangan lari sehingga bahayakan orang lain," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Operasi Khas Motosikal Sempena Tahun Baharu Cina siri empat di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar di sini malam tadi.
Sementara itu, Shaharuddin berkata, operasi sempena Tahun Baharu Cina yang bermula pada 14 hingga 23 Februari ini di seluruh negara itu turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen.
Tambahnya, fokus diberikan kepada motosikal pada 14 hingga 19 Februari lalu iaitu sebanyak 4,010 kesalahan menunggang tanpa lesen dicatatkan.
"Selain itu, turut direkodkan sebanyak 4,800 kesalahan cukai jalan tamat tempoh, 621 kes kesalahan teknikal seperti lampu dan brek gagal berfungsi serta 10 kesalahan tidak memakai topi keledar.
"Tujuan kami menjalankan operasi ini bukanlah mencari kesalahan sahaja tetapi lebih kepada mendidik penunggang-penunggang motosikal mengenai pentingnya mematuhi undang-undang," jelasnya.
Terdahulu, sebanyak 1,220 kenderaan diperiksa dengan 305 kesalahan dikenal pasti membabitkan 277 notis saman dikeluarkan pada operasi siri empat itu.
Sebanyak 135 kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, 158 kesalahan tiada cukai jalan, 10 kesalahan teknikal dan dua lain-lain kesalahan dicatatkan pada operasi itu.
Memahamkan Pelajar Isu Kepenggunaan
MENYEDARI kepentingan ilmu berkaitan kepenggunaan dan cetak rompak amat penting, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil inisiatif menganjurkan Program Kids@Kepenggunaan di sekolah rendah baru-baru ini.
Bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor,seramai 1,500 murid-murid di sekolah itu didedahkan dengan isu-isu kepenggunaan.
Pelancaran pertama program yang sama diadakan di Sekolah Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur pada bulan November lalu.
Dalam program berkenaan, pelbagai aktiviti telah disusun bagi membolehkan murid-murid memahami isu kepenggunaan dengan lebih jelas.
Antaranya, ceramah pendedahan asas kepenggunaan, kesan penggunaan barangan tiruan, cara-cara mengenali barangan tiruan, tulen dan memeriksa harga barang serta tarikh luput sebelum membeli sesuatu produk.
Menerusi program yang sama itu, murid-murid turut diberi peluang bertanya soalan kepada wakil KPDNKK berkaitan isu-isu kepenggunaan.
Pelaksanaan aktiviti yang menggunakan pendekatan secara santai nyata menarik minat murid-murid berkenaan selain memahami isu kepenggunaan dengan mudah.
Seorang murid, Nuratiqah Abdul Rahman, 10, mengakui dia sebelum ini membeli makanan ringan tanpa melihat tarikh luput.
"Saya tidak tahu, tarikh yang tertera di belakang plastik makanan ringan memberitahu pengguna ia boleh dimakan sehingga tempoh itu sahaja.
"Selepas mendengar ceramah, barulah saya memahami fungsi tarikh yang terdapat pada produk-produk makanan," jelasnya.
Bagi Muhammad Azri Muhammad Azam, 9, pula dia tertarik dengan pameran produk penapis minyak tiruan dan tulen.
"Kedua-dua produk itu nampak sama tetapi hakikatnya terdapat perbezaaan dari segi warna," ujarnya.
Turut hadir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor, Khasanah Ibrahim.
Sementara itu, Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program itu bertujuan untuk memberi kesedaran di peringkat awal tentang keburukan kegiatan cetak rompak dan membeli barangan tiruan.
"Pendidikan kepenggunaan perlu ditanam dalam diri kanak-kanak agar mereka menolak barangan tiruan," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya telah mewujudkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) dan Kelab Koperasi Sekolah di sekolah-sekolah.
Bagaimanapun, pada masa ini KPS secara dasarnya hanya ditubuhkan di sekolah menengah.
"Begitupun, KPDNKK sentiasa mengalu-alukan sekolah rendah yang berminat untuk menubuhkan KPS.
"Bagi sekolah rendah yang menubuhkan KPS, mereka akan diberi geran bantuan kewangan sebanyak RM500 bagi menganjurkan program-program kesedaran berhubung isu-isu kepenggunaan," ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





