Tuesday, 13 February 2018

Punca Kerosakan Pada Port USB


Secara amnya, pemacu flash USB akan rosak satu ketika nanti apabila cip memori di dalamnya lama-kelamaan akan kehausan. Bagaimanapun, had operasi baca dan tulis cip memori kebanyakan pemacu USB masih lagi boleh menampung tahap penggunaan biasa.


Selalunya, benda yang jadi punca kerosakan pemacu flash USB adalah komponen-komponen lain yang melengkapi peranti berkenaan. Lagipun, komponen-komponen inilah yang akan rosak terlebih dahulu sebelum tiba masanya memori NAND pada pemacu berkenaan tiba tempoh luputnya.


Antara punca penyebab kerosakan pemacu flash USB adalah;


Gagal melakukan Cabut dan Pasang (Eject and Mount) dengan cara selamat

Ada sebab mengapa kenapa komputer kita memberi pesanan kepada kita agar mencabut peranti dengan cara selamat. Kegagalan untuk melakukannya bakal mendedahkan kita kepada risiko kerosakan peranti berkenaan. Malah, terdapat kemungkinan ia boleh merosakkan memori (corrupted) atau menyebabkan berlaku gangguan elektrik berskala kecil yang boleh merosakkan sesetengah komponen yang sensitif di dalam pemacu flash USB.


Kerosakan komponen penyambungan

Ada dua bahagian penting yang diperlukan untuk sambungan ke komputer pada pemacu flash USB; plug penyambung logam dan poin-poin terpateri yang menghubungkan penyambung dengan papan litar memori. Bahagian penyambung logam boleh rosak akibat pemakaian yang terlalu kerap atau mengalami kerosakan fizikal akibat kemek, diketuk atau sebagainya. Bila penyambung ini rosak, komputer tidak dapat mengesan sama ada pemacu USB berkenaan bersambung dengan komputer atau tidak.


Kegagalan Komponen-Komponen Elektronik

Selain dari menempatkan cip-cip memori flash, papan litar di dalam pemacu USB turut dilengkapi dengan komponen-komponen lain seperti kapasitor, perintang, pengayun dan sebagainya. Kejadian pusuan kuasa (power surge) boleh menyebabkan berlaku litar pintas dan boleh menyebabkan komponen elektronik berkenaan rosak hingga membuatkan pemacu flash USB gagal berfungsi.


Kegagalan Memori NAND

Sebagaimana yang diterangkan pada awal perenggan artikel ini, memang bila tiba masanya, memori NAND pada pemacu USB akan rosak jua akhirnya. Pada kebiasaannya, ia rosak setelah bertahun-tahun digunakan dan telah mencapai had maksimum keupayaan operasi baca dan tulis.


Kesimpulan

Menyimpan data-data atau fail-fail penting pada pemacu flash USB untuk jangka masa panjang bukanlah sesuatu yang bagus untuk dilakukan. Kita mendedahkan risiko untuk kehilangan data andainya peranti yang kita gunakan itu mengalami kerosakan dan mempunyai kesulitan untuk mendapatkannya kembali.


Oleh itu, langkah sebaiknya adalah kita perlu melakukan simpanan tambahan (backup) fail-fail berkenaan dengan menempatkannya di pelbagai tempat seperti di dalam hard disk komputer, cakera padat (CD-R) atau menyimpannya di storan awanan (contoh; Dropbox, Google Drive, Microsoft OneDrive dan sebagainya).

Punca Kerosakan Pada Hard Disk



Hard disk merupakan perkakasan penting di dalam sistem komputer anda, baik desktop mahupun laptop. Selain dari digunakan sebagai storan menyimpan data, ia juga digunakan untuk menempatkan sistem operasi komputer anda. Oleh itu, hard disk memerlukan penjagaan yang rapi supaya ia keselamatan kandungan datanya terjamin dan dapat digunakan pada tempoh yang lebih panjang.

Artikel ini menceritakan serba sedikit tentang punca kerosakan hard disk biasa dan cara penjagaannya. Penjagaan hard disk jenis SSD tidak dirangkumi kerana tata cara pengurusan dan risiko kerosakannya agak berbeza jika dibandingkan dengan hard disk biasa.

Kerosakan Fizikal

Punca paling kerap berlaku yang menyebabkan hard disk biasa lekas rosak adalah kerosakan fizikal yang disebabkan oleh terjatuh atau gegaran. Binaan dalaman hard disk yang terdiri dari komponen-komponen kecil mekanikal sangat sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku terhadap jajarannya (alignment). Terlari sikit pun sudah cukup untuk menjadikan hard disk berkenaan bermasalah.

Untuk itu, langkah sebaiknya adalah meminimumkan sebarang pergerakan luaran yang melibatkan hard disk anda. Hard disk desktop yang bersaiz faktor 3.5 inci lebih berisiko untuk rosak berbanding hard disk untuk kegunaan laptop (2.5 inci) kerana hard disk untuk laptop dibina lebih tahan lasak kerana ia dibina khusus untuk peranti mudah alih.

Namun, anda tetap perlu mengendalikannya dengan berhati-hati kerana kalau anda terhentak sikit pun hard disk berkenaan mempunyai risiko untuk berlakunya kerosakan data.

Terlampau panas

Sama juga dengan perkakasan-perkakasan elektronik lain, hard disk perlu dioperasikan di bawah julat suhu yang optimal bergantung kepada model dan pengeluarnya. Asalkan anda menggunakannya di dalam julat suhu yang bersesuaian, hard disk dapat digunakan tanpa sebarang masalah.

Namun, masalah kepanasan sering timbul apabila kerangka desktop tidak diselenggara dengan baik hingga aliran udara di dalamnya terganggu akibat dipenuhi habuk. Begitu juga halnya dengan laptop di mana anda perlu ambil perhatian pada bahagian rongga aliran keluaran udaranya supaya bebas dari habuk-habuk yang menyekatnya.

Pengguna laptop boleh juga menggunakan pelapik laptop berkipas yang mampu melancarkan aliran udara pada permukaan bawah laptop dan mengurangkan risiko lampau panas pada laptop.

Fragmentasi fail
Fragmentasi fail bukanlah punca kerosakan hard disk secara langsung. Bagaimanapun, fragmentasi akan membuatkan hard disk bekerja dengan lebih kuat kerana perlu mencari pecahan-pecahan data yang bersepah dan tidak bersusun pada satu tempat.

Oleh itu, kerja-kerja defragmentasi perlu dilakukan supaya pecahan-pecahan data ini dapat disusun kembali dan memudahkan capaian data dapat dilakukan dengan lebih pantas. Defragmentasi juga penting untuk meningkatkan prestasi komputer anda secara keseluruhannya. Hard disk yang menggunakan format FAT32 perlu lebih kerap melakukan defragmentasi berbanding yang menggunakan format NTFS.


Bagaimanapun, anda tidak perlulah terlalu kerap melakukan defragmentasi ini kerana fragmentasi berlaku apabila anda banyak perubahan data terlalu kerap berlaku pada hard disk anda. Sebaiknya, anda melakukan defragmentasi apabila fragmentasi anda sudah mencapai diantara 5 hingga 10 peratus.

Gangguan bekalan elektrik
Bekalan kuasa elektrik ada masanya tidak konsisten. Pada satu-satu masa, voltan boleh melebihi dari kadar biasa dan lonjakan voltan yang naik secara mengejut dalam waktu yang singkat dipanggil sebagai pusuan voltan (voltage surge).

Pusuan voltan boleh menyebabkan kerosakan terhadap perkakasan komputer anda termasuklah hard disk. Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan pelindung voltan pusuan (surge protector) dapat melindungi perkakasan komputer anda dari kerosakan yang berpunca dari gangguan bekalan elektrik.

Selain dari masalah pusuan voltan, masalah terputus bekalan elektrik yang berlaku terlalu kerap juga mampu mendatangkan kesan buruk terhadap perkakasan komputer terutamanya hard disk. Untuk itu, sebaiknya anda boleh mennggunakan power supply yang lengkap dengan surge protector. Perlindungan dua-dalam-satu ini sekurang-kurangnya mampu melindungi anda dari bahaya yang tidak diduga.

Kesimpulan
Hard disk memerlukan penjagaan yang cermat oleh kita sebagai pengguna. Hal ini kerana, walaupun hard disk boleh digantikan dengan yang baru, data yang terkandung di dalamnya itu lebih bernilai dari harga perkakasan itu sendiri. Oleh itu, langkah sebaiknya adalah mengendalikannya dengan cermat kerana bimbang ia rosak sebelum anda sempat melakukan backup terhadap kandungan di dalam hard disk berkenaan.





Harga Minyak Meningkat


NEW YORK: Harga minyak ditutup tinggi pada Selasa berikutan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan lonjakan dalam harga minyak yang dibuka rendah pada awal dagangan.
Ia berlaku selepas Agensi Tenaga Antarabangsa meramalkan bekalan boleh mengatasi permintaan.
Bagaimanapun, pasaran merosot dalam dagangan pasca penutupan selepas kumpulan industri, The American Petroleum Institute berkata minyak mentah AS meningkat sebanyak 3.9 juta tong dalam minggu berakhir 9 Februari lalu.
Penganalisis menjangkakan bekalan hanya meningkat sebanyak 2.8 juta tong.
Niaga hadapan Brent mencecah paras terendah dalam tempoh dua bulan pada awal sesi tetapi penanda aras itu ditutup pada AS$62.72 setong, naik 13 cents atau 0.2 peratus.
U.S. West Texas Intermediate pula ditutup 10 cents, atau 0.2 peratus lebih rendah kepada AS$59.19 satu tong. 

21 Ikan Lumba-lumba Mati Terdampar



Mexico : Sebanyak 21 ikan lumba-lumba dilaporkan mati selepas terdampar di kawasan pantai di utara Mexico, dipercayai akibat diserang sekumpulan ikan lumba-lumba spesies yang lain.
Berikutan itu, aktivis alam sekitar segera melancarkan operasi menyelamat selepas 54 ekor ikan lumba-lumba itu dikesan terdampar di pantai berbatu Bahia de la Paz di semenanjung Baja California, Mexico.
"Operasi itu berjaya menyelamatkan 33 ikan lumba-lumba terbabit, selepas ia dibawa masuk ke laut, namun bakinya mati akibat terdampar di pantai," kata pihak berkuasa perlindungan alam sekitar Mexico, Profepa dalam satu kenyataan.
Menurut pasukan penyelamat, terdapat kesan gigitan pada ikan lumba-lumba itu yang menunjukkan ia diserang sekumpulan ikan lumba-lumba spesies 'bottlenose'. 

Monday, 12 February 2018

Cerita Saya

Pada 5/1/2018 - 7/1/2018, saya dan keluarga saya telah pergi bercuti ke Sabah . Saya menginap di Terap Pine Resort . Saya dapat melihat Gunung Kinabalu dengan jelas .Banyak tempat-tempat menarik dapat saya lawati apabila berada disana . Ia adalah satu pengalaman yang menarik bagi saya dan keluarga saya .





Cerita Saya


Pada 8/9/2017 - 10/9/2017 , Saya bersama enam rakan ILP Perai mewakili institut ke Kem Kepimpinan MIB di Kedah selama tiga hari . Bertempat di Kompleks Rakan Muda, Baling, Kedah .
Saya telah mendapat banyak ilmu tentang kepimpinan menerusi program ini . 




Wednesday, 7 February 2018

Jadual Menggunakan HTML

<center>
<h2>SELAMAT BERKENALAN DENGAN HTML </h2>
<table border="1">
<tr>
<th>KURSUS</th>
<th>3 HARI</th>
<th>6 HARI</th>
</tr>
<tr>
<td>KURSUS MICROSOFT SERVER 2008</td>
<td>RM500</td>
<td>RM1000</td>  
</tr>
<tr>
<td>KURSUS MICROSOFT SERVER 2013</td>
<td>RM300</td>
<td>RM600</td>
</tr>
<tr>
<td>KURSUS WEB DESINGN</td>
<td>RM300</td>
<td>RM600</td>
</tr>
</table>

Hasilnya :

SELAMAT BERKENALAN DENGAN HTML

KURSUS 3 HARI 6 HARI
KURSUS MICROSOFT SERVER 2008 RM500 RM1000
KURSUS MICROSOFT SERVER 2013 RM300 RM600
KURSUS WEB DESINGN RM300 RM600