Monday, 16 April 2018
Masalah Biasa Komputer Dan Jalan Penyelesaiannya
Kadang kala peranti komputer desktop/laptop/notebook sering kali mengalami masalah-masalah kecil yang sebenarnya boleh diatasi sendiri tanpa bazirkan duit untuk terus menghantarnya ke juruteknik atau kepada pakar. Lakukan pemeriksaan awal terlebih dahulu.
Nota : Sesetengah penyelesaian (langkah demi langkah) dikhususkan untuk pengguna komputer dengan sistem operasi (OS) Windows 7 sahaja.
1-Gangguan bekalan kuasa
Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.
Penyelesaian
Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup komputer.
2-Kepanasan
Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.
Penyelesaian
Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop anda terlebih dahulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.
3-Bunyi bising/asing dan getaran
Masalah ini hampir-hampir pasti berkaitan perkakasan pada komputer anda. Bunyi yang bernada tinggi biasanya disebabkan oleh perkakasan elektronik. Walau apa pun alasannya, anda boleh cuba untuk melakukan pemeriksaan awal.
Penyelesaian
Buka casing komputer anda berhati-hati, untuk mengetahui penyebab masalah tersebut periksa sama ada ia datang daripada kipas atau wayar/skru yang longgar daripada kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca daripada dua masalah tersebut, jangan usik komponen lain dan dapatkan bantuan juruteknik atau orang yang lebih pakar.
4-Komputer reboot sendiri
Masalah komputer berulang kali reboot sendiri. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri.
Penyelesaian
Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, sama ada telah mengalami kerosakan atau pun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk anda telah kotor yang mana habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan yang mana akan menyebabkan komputer anda akan mati secara automatik.
5-Sambungan USB tidak berfungsi
Kadang kala apabila anda cuba menyambung peranti seperti pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke komputer/laptop/notebook/dll, ia tidak berfungsi. Sebenarnya, sesetengah port hub USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti tersebut. Ia memerlukan hub yang memiliki nilai kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik.
Penyelesaian
Cuba untuk terus menyambung USB tersebut secara langsung ke salah satu port USB komputer anda tanpa sebarang perantara. Alatan kecil seperti pemacu USB, mouse dan lain-lain memiliki nilai kuasa sendiri tetapi elakkan menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.
Tanda Tanda Motherboard Rosak
Tanda-tanda motherboard laptop rosak
Laptop tak boleh nak ON. Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.
Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.
Cucuk adepter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adepter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.
ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.
ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri.
(contoh gambar motherboard) Anda juga boleh melihat suhu laptop anda dengan menggunakan software speecy dimana anda boleh download diri internet. Caranya sangat mudah taip download speecy dalam search bar browser anda. (Contoh gambar software speecy)
BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN?
Terdapat 5 pilihan yang boleh anda buat :
Tukar Motherboard yang baru
(untuk penggetahuan anda harga motherboard laptop tak sama dengan desktop. Ini kerana Motherboard laptop jauh lebih mahal ada yang mencecah ribuan ringgit)
Tukar Motherboard Second hand
Ini berisiko sedikit, seperti anda tahu barang second hand ni bukan semuanya OK. Anda sendiri tak tahu condition motherboard tersebut, kebiasannya ada banyak benda yang tak kena.
Repair Motherboard
Membaiki komponen atau bahagian yang sudah rosak supaya motherboard tersebut boleh beroperasi seperti biasa. Kelebihanya adalah kos adalah lebih rendah dari tukar motherboard baru.
Tukar chipset baru
Menukar seketul chipset motherboard yang rosak dengan chipset yang baru dengan harga yang berpatutan dan juga mendapat hasil yang terbaik.
Beli laptop baru
Ini adalah jalan teraikhir sekiranya motherboard laptop anda tidak dapat di baiki lagi. Ye lah harga laptop sekarang bukan nya murah, aggaran RM1500+++ itu pun bergantung dengan model dan spesifikasi yang anda mahukan. Biasanya ini merupakan jalan yang terakhir.
GST bukan faktor harga barang naik
HAMZAH: Segala kutipan GST oleh kerajaan akan disalurkan bagi membantu rakyat.
BATU KURAU: Kenaikan harga barangan di pasaran serta perkhidmatan bukanlah disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) semata-mata malah pelbagai faktor lain turut mempengaruhi sehingga menyumbang kepada masalah kos sara hidup.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan input bagi penetapan harga barangan bukan semata-mata mengambil kira soal cukai, malah ia turut dipengaruhi pertukaran mata wang asing, kos pengangkutan dan aspek pemasaran yang lain.
Jelasnya selain itu beberapa faktor seperti kadar tarif elektrik, air, cukai tanah termasuk cukai pintu yang tinggi dikutip oleh sesetengah kerajaan negeri turut mempengaruhi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.
"Contohnya apabila air tidak cukup, peniaga akan meletakkan masalah itu kepada pengguna dan ini menyebabkan harga barang naik. Ini perkara yang kena ambil tahu.
"GST dilaksanakan kerajaan bagi menentukan segala hasil yang kita kutip daripada peniaga secara sistematik dan efektif berbanding dengan kutipan 10 peratus semasa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kurang efektif dan timbul banyak masalah dalam ekonomi," katanya pada sidang media selepas program Jualan Sentuhan Rakyat 'Jom Serbu' di Arena Batu Kurau di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pelaksanaan GST sepatutnya dilaksanakan pada 1984, tetapi pentadbiran negara ketika itu tidak mempunyai kesungguhan politik untuk melaksanakannya.Dalam pada itu, Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata sejak GST dilaksanakan di negara ini, lebih 500 produk telah dikecualikan daripada dikenakan GST.
Menurut beliau dengan adanya GST, segala kutipan kerajaan adalah disalurkan bagi membantu rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), rawatan di hospital dan Klinik Rakyat 1Malaysia serta subsidi minyak masak dan subsidi pendidikan bagi menentukan rakyat mendapat pendidikan sewajarnya.
"Kita negara yang paling rendah dalam kutipan GST jika nak bandingkan dengan negara-negara lain kerana apa yang kita kutip itu kita berikan secara adil bagi kepentingan dan keperluan rakyat dari segi kemudahan, infrustruktur dan komunikasi dari satu tempat ke satu tempat," katanya.
Sementara itu Hamzah berkata program Jualan Sentuhan Rakyat akan dilaksanakan dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen di negara ini.
Menurut beliau Perdana Menteri telah bersetuju untuk membolehkan rakyat menikmati harga barang yang rendah dalam keadaan ekonomi sekarang bagi mengurangkan kos sara hidup.
"Buat masa ini tinjauan yang telah kita buat di seluruh negara mendapati penerimaan baik daripada rakyat dan dakwaan pembangkang dakwa barangan yang dijual tidak berkualiti adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Perodua terus bekal alat ganti Myvi lama
KUALA LUMPUR 16 April - Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan terus membekalkan alat ganti bagi model Myvi melalui barisan pengeluaran alat ganti baharunya di Tanjung Malim, Perak.
Dikendalikan oleh vendor Perodua, IQM Sdn. Bhd. di Proton City, Tanjung Malim, kilang itu akan menghasilkan komponen badan seperti penutup enjin, pintu, dapra, panel sesiku dan bumbung.
Presiden Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd., Takahashi Masanori berkata, demi keselamatan, keselesaan dan ketenangan fikiran pelanggan, pihaknya memberikan komitmen untuk terus mengeluarkan komponen berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan bagi kenderaan Perodua mereka.
“Kami memilih pembekalan luar bagi pengeluaran komponen Myvi generasi kedua kerana kilang pengeluaran kami sudah berada pada kapasiti puncak.
“Sebagai pengeluar komponen Viva sejak pengeluaran model yang berakhir pada 2014, IQM menjadi pilihan yang tepat untuk projek ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain daripada generasi kedua kereta Myvi dan Viva, komponen-komponen tulen generasi pertama Myvi, Kelisa dan juga Kancil akan terus dihasilkan oleh vendor Malaysia.
Menurut Masanori, masih terdapat ramai pengguna Myvi generasi kedua dengan sebanyak 519,000 buah jenama itu telah dikeluarkan dari Mei 2011 hingga Oktober 2017.
“Buat masa ini, barisan pengeluaran alat ganti di IQM Tanjung Malim menghasilkan komponen badan berikutan permintaan yang tinggi.
“Komponen enjin untuk Myvi generasi kedua terus dihasilkan di PMSB di Rawang, manakala bahagian-bahagian lain dihasilkan oleh pelbagai vendor,” jelasnya.
Perodua dan IQM telah membina hubungan yang kukuh sejak beberapa tahun lepas, berdasarkan kepercayaan, kualiti dan kesetiaan kepada pelanggan.
257 maut pesawat terhempas di Algeria
ALGIERS 11 April - Sekurang-kurangnya 257 orang terkorban dalam kejadian kapal terbang tentera terhempas di pangkalan tentera Boufarik di luar bandar ini pagi ini.
Stesen televisyen swasta Ennahar melaporkan, kapal terbang Ilyushin II-76 itu terhempas semasa hendak berlepas dari lapangan terbang Boufarik.
Pesawat berkenaan dengan 10 kru dinaiki oleh anggota tentera dan ahli keluarga mereka.
Menurut Setiausaha Agung parti memerintah, Barisan Pembebasan Kebangsaan (FLN), DJamel Ould Abbes, mangsa yang terkorban termasuklah 26 anggota pergerakan pembebasan Western Saharan Polisario.
Beliau bagaimanapun tidak memberi jumlah sebenar mangsa yang terkorban.
Kapal terbang itu dikatakan dalam penerbangan ke Tindouf di selatan Algeria iaitu kawasan kem yang menempatkan pelarian dari wilayah pertikaian Sahara Barat.
Beratus-ratus ambulans dan berpuluh-puluh jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
Laporan televisyen tempatan menyebut, sebanyak 14 ambulans berada di tempat kejadian dan mangsa yang cedera sedang dibawa ke hospital.
Dalam pada itu, sumber melaporkan kapal terbang berkenaan membawa anggota tentera ke bandar Bechar di barat Algeria.
Kenyataan dari Kementerian Pertahanan memaklumkan, ketua tentera negara ini telah mengarahkan siasatan terhadap nahas itu dan akan melawat tempat kejadian.
Dalam pada itu, televisyen tempatan turut menyiarkan gambar asap tebal menyelubungi kapal terbang berkenaan.
Turut kelihatan bahagian ekor kapal terbang berkenaan berhampiran pokok zaitun dan para pegawai keselamatan berdiri berhampiran bangkai kapal terbang itu.
Pada Julai 2014, pesawat penumpang Air Algerie yang dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algiers terhempas di bahagian utara Mali menyebabkan seramai 116 penumpang terkorban termasuk 54 warga Perancis. – Agensi
AS dakwa Rusia ganggu kawasan serangan di Douma
THE HAGUE 16 April - Rusia didakwa telah menganggu kawasan serangan senjata kimia di bandar Douma, Syria.
Dakwaan itu dinyatakan oleh wakil Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), Kenneth Ward yang mendakwa Rusia telah melawat kawasan berkenaan.
"Kami bimbang Rusia telah mengganggu kawasan itu dengan niat untuk menyekat usaha Misi Mencari Fakta OPCW bagi menjalankan siasatan yang lebih efektif,’’ katanya. - Reuters
Bagaimana Mengetahui RAM Rosak
BIOS pada Motherboard akan mengeluar bunyi seperti BEEP..BEEP sebyk 2 kali itu menandakan RAM tidak berfungsi
LANGKAH TERAKHIR SEBELUM MENUKAR RAM BARU
1. Buka Casing CPU anda,Selepas itu tgk bahagian yang ada RAM seperti gambar di atas
2. Untuk mengeluarkan RAM dari port nya ialah dengan cara menekan ke arah kekunci RAM pada hujung sudut.Secara Automatik RAM akan terkeluar.
3. Sebaiknya membersih dahulu port RAM dengan menggunakan berus ANTI STATIC.Berus biasa pun boleh
4. Pada langkah ini,Jika RAM berhabuk sebaiknya membersihkan dahulu.Habuk atau debu merupakan punca utama kegagalan RAM gagal berfungsi.
ANDA DINASIHATKAN TIDAK MENYENTUH IC DAN KOD EMAS PADA RAM KERANA RAM INI SANGAT SENSITIF
5. Gunakan Pemadam biasa untuk membersihkan kotoran habuk pada kod emas RAM di depan dan dibelakang RAM.Lihat cara memegang RAM.
6. Sebelum memasukkan RAM pastikan anda melihat pada garisan bolder pada port RAM.Sebarang kesilapan memasukkan RAM dengan salah akan menyebabkan RAM terbakar
7. Langkah terakhir masukkan RAM dengan Berhati-hati dan pastikan RAM di masukkan dengan betul.Tekan RAM rapat-rapat,Selepas itu Kunci RAM pada hujung port.
Tutup semula casing CPU..ON kan computer,jika anda bernasib baik komputer anda berjaya dihidupkan dan display pada LCD atau MONITOR anda akan berfungsi.
Jika tiadaperubahan bermakna RAM anda telah rosak.Anda perlu membeli baru,dan pastikan anda membeli RAM yang betul untuk Motherboard anda
Ini adalah langkah terakhir sebelum anda membeli RAM baru
LANGKAH TERAKHIR SEBELUM MENUKAR RAM BARU
1. Buka Casing CPU anda,Selepas itu tgk bahagian yang ada RAM seperti gambar di atas
2. Untuk mengeluarkan RAM dari port nya ialah dengan cara menekan ke arah kekunci RAM pada hujung sudut.Secara Automatik RAM akan terkeluar.
3. Sebaiknya membersih dahulu port RAM dengan menggunakan berus ANTI STATIC.Berus biasa pun boleh
4. Pada langkah ini,Jika RAM berhabuk sebaiknya membersihkan dahulu.Habuk atau debu merupakan punca utama kegagalan RAM gagal berfungsi.
ANDA DINASIHATKAN TIDAK MENYENTUH IC DAN KOD EMAS PADA RAM KERANA RAM INI SANGAT SENSITIF
5. Gunakan Pemadam biasa untuk membersihkan kotoran habuk pada kod emas RAM di depan dan dibelakang RAM.Lihat cara memegang RAM.
6. Sebelum memasukkan RAM pastikan anda melihat pada garisan bolder pada port RAM.Sebarang kesilapan memasukkan RAM dengan salah akan menyebabkan RAM terbakar
7. Langkah terakhir masukkan RAM dengan Berhati-hati dan pastikan RAM di masukkan dengan betul.Tekan RAM rapat-rapat,Selepas itu Kunci RAM pada hujung port.
Tutup semula casing CPU..ON kan computer,jika anda bernasib baik komputer anda berjaya dihidupkan dan display pada LCD atau MONITOR anda akan berfungsi.
Jika tiada
Ini adalah langkah terakhir sebelum anda membeli RAM baru
Subscribe to:
Posts (Atom)





