Tuesday, 13 February 2018

Harga Minyak Meningkat


NEW YORK: Harga minyak ditutup tinggi pada Selasa berikutan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan lonjakan dalam harga minyak yang dibuka rendah pada awal dagangan.
Ia berlaku selepas Agensi Tenaga Antarabangsa meramalkan bekalan boleh mengatasi permintaan.
Bagaimanapun, pasaran merosot dalam dagangan pasca penutupan selepas kumpulan industri, The American Petroleum Institute berkata minyak mentah AS meningkat sebanyak 3.9 juta tong dalam minggu berakhir 9 Februari lalu.
Penganalisis menjangkakan bekalan hanya meningkat sebanyak 2.8 juta tong.
Niaga hadapan Brent mencecah paras terendah dalam tempoh dua bulan pada awal sesi tetapi penanda aras itu ditutup pada AS$62.72 setong, naik 13 cents atau 0.2 peratus.
U.S. West Texas Intermediate pula ditutup 10 cents, atau 0.2 peratus lebih rendah kepada AS$59.19 satu tong. 

No comments:

Post a Comment